Renungan Seketika... " Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendistis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada 3 tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini." " kadar kenaikan dalam bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja." - The Star, 14 Mac 2009 Kini ULTRA MEDIC SAVE telah muncul memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diiginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier takaful hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan sehingga RM1,500,000.00 sepanjang hajat anda. Antara ciri-cirinya atau pelan: * Had Sepanjang hajat dari RM200,000.00 Sehingga RM1,500,000.00 * Had Tahunan Keseluruhan dari RM50,000.00 Sehingga RM300,000.00 * Perlindungan Tambahan * Rawatan Perubahan Alternatif * Bonus tanpa tuntutan * Tiada Ko Takaful = Maksudnya etiqa akan membayar secara penuh mengikut pelan yang telah anda pilih * Kad Kemasukan Hospital Tanpa Tunai * Umur kelayakan penyertaan = Umur 30 hari sehingga 65 tahun. Pegalaman teman seperjuangan.
Sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang betapa pentingnya kad perubatan persendirian walaupun syarikat anda telah sediakan. Tengahari tadi saya ke KL menghantar road tax seorg client dan saya terkejut melihat dia bertongkat.....setelah mendengar segala keluhan hati saya merase simpati krn beliau tlh mengalami kemalangan yg serious dan berada di hospital lebih 1 bulan dan bil hospital telah menjangkau hampir RM25,000...........insuran syarikat hanya bayar sekadar RM15,000 SAHAJA selebihnya dari poket sendiri. Habis semua barangan kesayangan terpaksa dijual utk tampung kos tersebut. Adakan kita ambil tahu berapakah yang syarikat kita beri utk kos perubatan agar keadaan seperti ini tidak terjadi................jika kita ade kad perubatan peribadi keadaan seperti ini boleh kita elakkan. Kepada teman-teman yang belum memiliki Kad Perubatan. Jangan berlengah lagi untuk mendapatkannya sebelum terlambat. Hubungi saya sekarang untuk penerangan percuma :- Mohd Zahran Bin Ahmad 013-2983559 @ KLik jer di Sini Saya pasti setiap daripada kita mempunyai hutang untuk memenuhi keperluan kehidupan masa sekarang. Kadang-kadang kita sebagai Ibubapa terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan dan keselesaan anak-anak. Tetapi adakah kita terfikir HUTANG yang dibuat untuk keselesaan mereka akan menjadi beban kepada mereka pada suatu hari kelak.
Kebiasaannya kita akan membuat HUTANG setelah kita yakin mampu menjelaskannya kembali.Betul tak ? Tetapi yakinkah kita bahawa kita akan sihat seperti yang kita harapkan...Jika kita ditimpa musibah hilang upaya kekal dan sudah tidak mampu bekerja, Bagaimana dengan HUTANG kita ? Adakah anak-anak kecil kita yang akan menanggung HUTANG kita itu. Fikir-fikirkanlah.. HUTANG tidak salah tetapi adakah kita sudah mempunyai sumber alternatif lain yang akan membebaskan HUTANG kita jika sesuatu musibah berlaku kepada kita. Khidmat Percuma Hubungi : Mohd Zahran Ahmad 013-2983559 Siti Mariam Abd Hamid 017-3440318 aranz_etiqa@yahoo.com atau KLik DI SINI JER Cuba bayangkan kita meninggalkan anak-anak kita ketika mereka masih kecil. Adakah kita sudah menyediakan sumber kewangan yang cukup untuk mereka teruskan hidup pada zaman yang sangat-sangat merlukan wang untuk setiap perkara. Bagaimana dengan pelajaran, makam minum dan cita-cita mereka.
HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” Jika Dato, Datin, Tuan, Puan, En, Cik yang belum mempunyai Takaful, bertindak dan buat keputusan sekarang. Jadikan Takaful ini adalah harta kepada orang yang Kita tinggalkan. * Jika Kita seorang Ibu dan Ayah, maka jadikan Takaful ini sebagai tanggungjawab untuk Anak- anak kita. * Jika kita seorang Anak, maka jadikan Takful ini sebagai membalas jasa kepada kedua Ibubapa kita yang telah membesarkan dan memberi pelajaran kepada kita. Buat Temujanji Anda di SINI Atau Hubungi sekarang : Mohd Zahran Bin Ahmad 013-2983557 aranz_etiqa@yahoo.com KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) baru-baru ini menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM60,000 kepada Madrasah Al-Aminiah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Etiqa Takaful melalui satu kenyataan memberitahu, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada zakat syarikat itu bagi tahun kewangan 2010/2011. “Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Utara Etiqa Insurans dan Takaful, Sham Suhaimi Mohamad kepada kepada Pengetua di Madrasah Al-Aminiah, Azamuddin Alang Hamzah,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, Etiqa Takaful telah menyerahkan sumbangan zakat kepada Madarasah Al-Aminiah sejak tahun 2008 bagi membantu golongan di bawah asnaf iaitu fakir, miskin, dan fi sabilillah. Kata kenyataan itu, sehingga kini jumlah yang telah dikeluarkan oleh Etiqa Takaful berjumlah RM700,000. Selain itu, kata kenyataan tersebut, Etiqa Takaful turut menyerahkan sebahagian daripada jumlah sumbangan zakat tahunannya secara terus kepada golongan asnaf melalui program Corporate Zakat Responsibility (CZR). Jelas kenyataan itu, kaedah itu bertujuan memudahkan dan memaksimumkan pengagihan zakat syarikat kepada mereka yang layak. Secara keseluruhannya sumbangan zakat Etiqa Takaful kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta golongan asnaf bagi tahun kewangan 2010/11 mencecah RM6.6 juta. – mynewshub.my P/S : Selain kita menyimpan bersama eTiQa Takaful, kita juga telah membantu sesama insan melalui Zakat yang telah dijelaskan oleh eTiQa Takaful. Pelan Perlindungan Gempaq dan Hebat
Kini eTiQa Takaful meneruskan komitmennya untuk membantu rakyat Malaysia dengan melancarkan Pelan Perlindungan Terbaru... KARISMA. Apakah KARISMA? KARISMA adalah Pelan yang menyediakan Perlindungan iaitu harta merta serta kepada keluarga tersayang jika musibah berlaku kepada ANDA. Selain itu, KARISMA juga menyediakan Pulangan sehingga sepuluh peratus ( 10% ) setiap dua ( 2 ) Tahun kepada ANDA jika ANDA sihat. Sebagai tambahan, ANDA juga akan menikmati wang simpanan ANDA jika ANDA masih sihat selepas tamat tempoh sijil. Mengapa pilih nak dapat DUIT POKET hanya ketika SAKIT masuk HOSPITAL?...sedangkan anda akan dapat DUIT POKET RM2,000 setiap 2 tahun ketika SIHAT BEKERJA yang diberi oleh eTiQa Takaful? Jangan Berlegah lagi Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya...:) Mohd Zahran Bin Ahmad 013-2983559 @ KLik Di sini Sekarang Remaja maut motosikal langgar lembu melintas
16/04/2012 7:56pm KEMAMAN — Seorang remaja maut setelah motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu di kilometer 122 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kemasik, di sini malam tadi. Ekoran perlanggaran itu yang berlaku 10.30 malam, Mohd. Syazani Fadli Mat Razak, 19, yang bekerja di pelabuhan Gebeng, Kuantan terjatuh dan tidak sedarkan diri akibat cedera parah dan mati semasa dibawa ke Hospital Kemaman. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Abdul Marlik Hakim Johar berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang saudaranya, Abdul Hadi Ariffin, 22, dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Gebeng, Kuantan selepas minum di Paka. Ketika sampai di tempat kejadian, seekor lembu melintas dan menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh binatang tersebut dan tercampak. "Setelah jatuh, mangsa tidak sedarkan diri manakala Abdul Hadi yang mengalami kecederaan di bahagian kepala menahan sebuah kenderaan yang membawa mangsa ke hospital. "Mangsa yang berasal dari Bukit Payung, Marang, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital akibat mengalami kecederaan dalaman,” katanya. Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya sementara Abdul Hadi masih dirawat di hospital. — BERNAMA ![]() Berita Harian 21 Mac 2012 : Wang pampasan insurans nyawa haram dipusakai Oleh : Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-16 (15-16 Feb 1979), & kali ke-80 (1-3 Feb 2008). Info yang sangat berguna sblm anda membuat keputusan untuk memilih antara TAKAFUL atau INSURANS... atau kepada yg sudah memiliki polisi INSURANS, tiada istilah "sudah terlambat" untuk anda... Renung2kan dan selamat beramal. Hubungi sekarang untuk penjelasan... 013-2983559 aranz_etiqa@yahoo.com atau Buat Temujanji Di Sini __Guru terharu terima RM39,542
KUALA TERENGGANU – Warga pendidik di negeri ini disaran untuk mendaftar dengan Koperasi Guru (Koguru) Terengganu, bagi membolehkan mereka dilindungi skim insurans, dalam usaha menjaga kebajikan ahli dan keluarga mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Pengurusi Koguru, Alias Yahya berkata, selain melindungi ahli dengan skim insurans, Koguru juga turut menyediakan kemudahan pengurusan wasiat melalui kerjasama dilakukan bersama Amanah Raya Berhad. “Program pengurusan wasiat sudah dilaksanakan sejak dua bulan lalu dan kini kita giat dalam mengadakan rangka promosi di setiap sekolah di negeri ini pada hujung minggu. “Ini salah satu usaha kita memberi pendedahan kepada ahli dalam mengurus hal berkaitan wasiat, selain memfokuskan menambah anggota dan meningkatkan pembiayaan kepada ahli,” katanya ketika ditemui di Hotel Primula, dekat sini. Hadir sama, Pegawai Pembangunan Perniagaan, Etiqa Insurans & Takaful, Cawangan Kuala Terengganu, Abdul Malek Salleh. Difahamkan, sehingga kini seramai 8,428 warga pendidik di negeri ini telah mendaftar sebagai ahli Koperasi Guru (Koguru) dan menyasarkan 12,000 ahli baru pada penghujung 2012. Pada majlis itu, seramai 14 waris ahli menerima cek pampasan Etiqa Insurans & Takaful berjumlah RM167,800 dan sumbangan khairat kematian daripada Koguru sebanyak RM500 dan RM3,500 setiap seorang. Sementara itu, seorang guru bukan sahaja terkejut malah terharu apabila menerima pampasan daripada Etiqa Insurans & Takaful berjumlah RM39,542 daripada Koguru Terengganu. Suraya Ramli, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai menerima pampasan itu setelah arwah suaminya, Mohamad Fadhli Chik, 36, maut akibat dihempap pokok kelapa di Jalan Pusara, Kampung Seberang Marang 12 September tahun lalu. Menurutnya, dia amat berterima kasih kepada Koguru dan Etiqa Takaful yang menguruskan pemberian cek itu dan akan menggunakan wang itu sebaik mungkin terutamanya untuk kegunaan pendidikan anaknya pada masa akan datang. “Saya sedikit pun tidak tahu bahawa arwah ada membuat caruman yang dikendalikan pihak koperasi dan bersyukur dengan pemberian pada hari ini (semalam). “Insya-Allah saya akan gunakan wang pampasan itu sebaik mungkin bagi menampung keperluan kami tiga beranak dan persediaan kelahiran anak ketiga kami,” katanya yang kini hamil tujuh bulan. Allahyarham yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang turut meninggalkan dua anak perempuan yang berusia enam dan empat tahun. Dalam nahas pada 12 September tahun lalu, arwah yang menunggang motosikal bersama ibunya, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera teruk di kepala dan anggota badan, manakala ibunya terselamat dalam insiden yang menyayat hati itu. # P/S : Sudahkah anda sediakan wang secukupnya, jika esok isteri dan keluarga anda terpaksa menjelaskan semua hutang anda... Fikir-fikirkan. * LINDUNGI PENDAPATAN ANDA DI SINI SEKARANG Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kepada anda yang belum memiliki Takaful...Kini Kami Sedia Membantu Anda, Khidmat Rundingan Kami : Jaminan Haji Jaminan Pendidikan Jaminan Persaraan Jaminan Pendapatan Keluarga Jaminan Perlunasan Hutang Jaminan Bil Perubatan Hospital Jaminan Elaoun Hospital Dana Pampasan Kemalangan Dana Penyakit Kritikal * CARUMAN SERENDAH RM 70.00 # Untuk Keterangan Lanjut : KLik Di Sini KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang. Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009. Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung. Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes. Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin. Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain. “Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi. Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes. “Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia. “Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti. Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes. “Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes. “Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi. Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes. p/s : kLik sini untuk persediaan Anda.. _ Golongan muda kurang prihatin kepentingan kesihatan _KUALA LUMPUR: Kebanyakan warga kota terutamanya golongan muda kurang prihatin akan kepentingan kesihatan, terutamanya pengawalan kadar pengambilan gula di dalam sajian. Walaupun banyak pesanan dan nasihat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan keburukan pengambilan gula yang tinggi, ia masih kurang efektif dan mereka tidak menghiraukan kesan sampingannya. Seorang guru sekolah menengah di sini, Muniammiah S Saminathan, 49, berkata masyarakat kurang sedar dan tidak memandang serius dalam pengambilan gula walaupun terdapat banyak iklan dan pesanan masyarakat akan isu tersebut. "Kebanyakan orang muda kurang mengambil perhatian akan masalah ini dan menganggap ianya remeh dan bertanggapan jangka usia mereka tidak senang dihidapi penyakit yang berkaitan seperti kencing manis dan sebagainya," katanya. KKM di dalam laporan sebuah akhbar hari ini mencadangkan agar kadar pengambilan gula dihadkan kepada lapan gram per 100 mililiter. Cadangan tersebut dibuat selepas kajian yang dijalankan terhadap jumlah kandungan gula dalam minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu teh tarik, melebihi daripada apa yang telah disarankan. Berdasarkan kajian tersebut, KKM menyarankan rakyat bertukar kepada teh tarik kurang manis untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes di Malaysia. Sultan Ahmad, 46, warganegara Pakistan berkata beliau sering meminum tiga hingga empat gelas teh tarik sehari. "Teh tarik adalah antara minuman kegemaran saya dan saya sering memesan agar kandungan gula di dalam minuman ini dikurangkan, mungkin separuh sudu," katanya ketika ditemui di sebuah restoran di sini. Beliau menyedari kesan buruk pengambilan gula yang tinggi dan mengamalkan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak. Katanya generasi muda mesti menjaga pemakanan dan elak daripada mengambil minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan berkarbonat. Golongan muda tidak menyedari bahawa penyakit seperti diabetes yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan, juga boleh dihidap pada usia muda sekiranya tidak dikawal. Sementara itu, Norizan Daud, 57, seorang guru sekolah menengah di sini, berkata kadar gula di kalangan masyarakat Malaysia adalah tinggi dan berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang. Dalam laporan yang sama KKM turut menyatakan bahawa kes kolestrol tinggi meningkat daripada 20.7 peratus pada tahun 2006 kepada 35.1 peratus pada tahun lalu. "Dengan keadaan sekarang di mana ibu bapa yang bekerja, mereka tidak mampu untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga," katanya. Norizan berkata ini mengakibatkan ibu bapa memberi wang untuk anak-anak mereka membeli makanan, sebaliknya mereka memilih membeli makanan yang tidak berkhasiat yang mengakibatkan peningkatan kadar gula dan kolestrol. - Bernama _
Pelajar, bayi maut kemalangan 26/12/2011 11:03am KUALA LIPIS - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di Km 23, Jalan Lipis-Benta di sini. Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian. Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mengulas kejadian itu, Abdul Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hadino Zafan dari arah Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan. "Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur,” katanya. Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya. Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar. Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala, katanya. - BERNAMA _
Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun PUTRAJAYA 22 Dis. - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010. Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun). ''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010. ''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak). ''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya. Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000. ''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000. ''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya. Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus. ''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya. JKM lulus RM300 Oleh Malik Muhamad am@hmetro.com.my KUALA TERENGGANU: Penderitaan Iman Adam Raman, 8, yang koma sejak tujuh bulan lalu akibat menjadi mangsa langgar lari penunggang motosikal dipercayai Mat Rempit mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu yang tampil menghulurkan bantuan. Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu, Ayob Othman berkata, pihaknya yang berkunjung ke rumah Iman, semalam dan bersetuju meluluskan bantuan RM300 sebulan kepada keluarga kanak-kanak malang itu bagi meringankan kos ditanggung untuk menguruskan kehidupannya. “Kami dapati Iman hanya terlantar dan tidak mampu bergerak kerana kecederaan serius di kepala dan anggota badan lain. “Kami amat bersimpati dengan nasib menimpanya dan bantuan RM300 sebulan itu diberikan melalui kategori pesakit terlantar bermula bulan ini sehingga dia sembuh,” katanya. Harian Metro semalam menyiarkan laporan Iman Adam yang hanya mampu membuka mata, tetapi tidak boleh melihat selain lumpuh kerana otaknya tidak berfungsi berikutan koma tahap dua akibat dirempuh seorang penunggang motosikal ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kampung Kubang Jela, di sini, 2 Mei lalu. Menurutnya ibunya, Nik Ainy Mohd, 51, Iman kadangkala memberi sedikit rangsangan dengan menggerakkan kepala apabila disentuh dan doktor memberitahu keadaan anaknya itu kemungkinan kekal. “Saya bersyukur kerana JKM sudi menghulurkan bantuan selepas kisah Iman disiarkan Harian Metro. “Sebelum ini saya hanya mengharapkan gaji suami sebagai renjer Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk menampung ubat dan peralatan Iman termasuk lampin pakai buang dan susu berjumlah RM1,800 sebulan,” katanya. __ _ADIK Mohammad Zain Abdul Hafiz baru berusia setahun tetapi ibu bapanya
sudah mula menabung bagi pendidikannya. Apabila Zain berusia 21tahun nanti, dana yang dianggarkan berjumlah $85,386 akan tersedia untuknya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Bapanya, Encik Abdul Hafiz Abu Bakar, 31 tahun, dan ibunya, Cik Azreen Noor, 29 tahun, telah menabung $200 setiap bulan untuk tujuan tersebut. “Dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sebagai ibu bapa saya tidak mahu kekurangan wang sebagai hambatan bagi anak saya melanjutkan pelajarannya, tidak kira apa jurusan yang ingin diceburinya. Bagi saya, adalah baik kita menabung lebih awal agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan duit yang kita sudah tetapkan,’’ kata Cik Azreen, seorang editor kanan di sebuah firma penerbitan di sini. Kesedaran mengenai pentingnya simpanan menyentaknya apabila ibu bapa Cik Azreen sendiri perlu membelanjakan duit simpanan mereka bagi menghantar Cik Azreen belajar di luar negara. “Bayangkan, ibu bapa saya membelanjakan $25,000 untuk menghantar saya belajar selama setahun di Universiti Teknologi Queensland di Australia pada 1998. Saya tidak dapat bayangkan kos pendidikan anak saya tentu amat tinggi 21 tahun akan datang!’’ kata Cik Azreen, yang belajar setahun di Australia dalam jurusan Sarjana Muda Kewartawanan setelah mengikuti Diploma Perhubungan Massa selama tiga tahun di Politeknik Ngee Ann. Oleh kerana ingin memastikan duit yang dikumpulkan bagi anaknya itu mencukupi, Cik Azreen bukan sahaja membeli sebuah polisi endowmen tetapi juga amanah saham. Setiap bulan, beliau dan suami memperuntukkan $100 untuk polisi endowmen yang menjanjikan pulangan terjamin sebanyak $20,000 dan pulangan tidak terjamin yang dianggarkan mencecah $13,294 berdasarkan kadar pulangan sebanyak 3.75 peratus setahun. Selain itu, mereka juga melaburkan tambahan $100 setiap bulan untuk membeli amanah saham yang dijangka memberikan pulangan sebanyak $52,092, Ini berdasarkan kadar pulangan sebanyak 7 peratus setahun. Jadi, berdasarkan jumlah keseluruhan, adik Zain kelak akan mempunyai $85,385 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. “Membeli endowmen pendidikan dan amanah saham merupakan satu simpanan paksaan (forced savings). Tidak perlulah kami fikir-fikir lagi kerana duit itu akan dipotong secara automatik daripada simpanan kami. Bagi kami, ia lebih baik untuk kami memperuntukkan duit untuk perkara yang amat penting seperti pendidikan daripada menghabiskannya untuk perbelanjaan lain,’’ katanya. Dengan menabung lebih awal, mereka juga mempunyai lebih banyak masa untuk menabung pada jumlah yang rendah.Bayangkan, jika mereka menabung hanya setelah anak mereka dewasa, jumlah yang disimpanmungkin terpaksa ditingkatkan untuk mereka mencapai jumlah $85,386 kerana tempoh simpanan adalah lebih pendek. “Saya merancang untuk mempunyai lebih ramai anak. Kalau lebih ramai anak, tentu sekali jumlah yang perlu saya tabung amat tinggi. Lebih baik tabung lebih awal, tidaklah perit sangat,’’ kata Cik Azreen lagi _Empat pelajar maut, lima parah, 20 cedera dalam kemalangan
POH: Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru daripada sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA Pinjaman perbelanjaan PTPTN dihenti?
04/11/2011 4:13pm TEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said. Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai. Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa. Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. - Bernama p/s : Anda masih mengharapkan pinjaman PTPTN ? Jika perkara di atas terjadi, bagaimana dengan pendidikan anak anda? Saya pasti setiap ibubapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya apabila mereka besar nanti. Tetapi apakah persediaan sebagai ibubapa? Sudahkah anda mula menyimpan dari sekarang ? Jika anda sudah menyimpan, tahniah saya ucapkan. Tetapi jika sesuatu musibah berlaku kepada anda dan anda sudah tidak mampu menyimpan, adakah ada orang lain akan teruskan menyimpan untuk anak anda bagi pihak anda ? Fikir-fikirkanlah...tetapi dengan menyertai eTiQa takaful, pihak eTiQa takaful teruskan menyimpan untuk anda. Maka apa yang anda hajatkan pasti akan tertunai. MULA MENYIMPAN DI SINI SEKARANG Lelaki juga berisiko dijangkiti HPV
Oleh ROSMAH DAIN DI peringkat dunia, kanser servik adalah kanser kedua yang banyak menyebabkan kematian di kalangan wanita selepas kanser payu dara. Ia membunuh seorang kaum Hawa dalam tempoh iap tua minit. Manakala di Malaysia, kanser servik menjadi kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas payu dara dan kolorektum. Statistik Kanser Malaysia pada 2006 menunjukkan, kanser servik merangkumi 9.1 peratus daripada 10 kanser paling kerap di kalangan wanita di negara ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan lebih daripada 700 wanita Malaysia maut akibat kanser servik setiap tahun. Laporan yang dikeluarkan WHO, kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan dan perubatan menegaskan, hanya kaedah pelalian dijangka mampu mengurangkan dengan ketara risiko seseorang wanita diserang kanser servik. Justeru, kempen pelalian kebangsaan untuk menentang virus human papillomavirus (HPV) yang dianjurkan Kementerian Kesihatan bermula Julai 2010 di kalangan gadis berusia 13 tahun telah dijalankan dalam usaha untuk mengurangkan risiko kanser berkenaan. Kanser servik adalah penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik. Jangkitan HPV di servik di kenal pasti antara penyebab utama kanser servik. Namun apakah nama di sebalik virus HPV itu sebenarnya, jenis-jenisnya dan bagaimanakah cara ia menyerang? Adakah ia hanya menyerang golongan Hawa dan bagaimana pula dengan golongan lelaki adakah kebal dengan virus ini? Semua persoalan ini dirungkai oleh Datin Dr. Kamaljit Kaur, yang pernah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Kuala Lumpur . Beliau kini merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan pakar perunding di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA
Berita Harian 17 Okt 2011 KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga. Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis. “Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam. Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu. Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank. Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun. Perkara seperti inilah yang patut kita elakkan daripada berlaku kepada kita. Buatlah persediaan dari sekarang, sekarang mungkin ianya tidak bermakna tetapi sekiranya berlaku musibah, maka semasa itulah ia akan berbakti kepada kita. PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar bayar balik
SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 September lalu. Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah. "PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lalu, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM 5.6 bilion. "Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar," katanya. Beliau berkata untuk tahun ini iaitu sehingga 30 September lalu PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.16 bilion kepada 172,134 penerima biaya. "Daripada jumlah itu PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM2.35 bilion," katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Tajul Urus turut meminta peminjam yang mempunyai kesulitan membuat pembayaran balik agar berhubung dengan PTPTN bagi menyelesaikan mereka, bukan melarikan diri. Sementara itu, Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN Tuan Din Tuan Mat yang turut hadir berkata PTPTN menerima reaksi positif selepas pelancaran semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dua bulan lalu. Katanya kutipan menerusi akaun pendeposit, SSPN mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus. "PTPTN meletakkan sasaran RM60 juta dapat dikutip daripada SSPN untuk tempoh tahun ini berikutan kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lalu iaitu sebanyak RM3.6 juta," katanya. - Bernama Rasanya ramai yang dah tengok video budak 2 tahun digilis van dan lori di China. Sangat kejam bila orang ramai yang lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. Lepas tu, baru ada seorang amoi tua yang sudi angkat budak tu ke tepi jalan. Itupun dia macam takut-takut dan menjauhkan diri selepas mengalihkan budak tu ke tepi jalan hinggalah mak budak tu datang. Rupanya semua itu bersebab. Ia berkait rapat dengan undang-undang dan budaya di China. Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai 1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong! 2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya. 3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh. 4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja. 5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu. 6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya. Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya? 1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang. 2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua. 3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi. 4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati. 2 pelajar maut dilanggar
PARIT BUNTAR - Seorang pelajar Muhamad Izuan Mohd Daud, 14, berasal dari sini terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Parit Buntar-Butterworth berhampiran Batu 3, Jalan Sempadan, Parit Kasa, di sini, jam 2.51 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga terdekat. Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta pacuan empat roda terbabit dikatakan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya lalu bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa di simpang jalan keluar rumahnya. “Mangsa dipercayai baru hendak keluar rumah dan belum sempat keluar ke jalan sebelum dilanggar di persimpangan secara mengejut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Mat Fauzi, selepas kejadian, pemandu berkenaan Beh Chee Ming, 32, membuat laporan polis di Balai Polis Tangjung Piandang bagi memaklumkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, pihaknya menahan pemandu itu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Mat Fauzi berkata, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pulang Pinang ke rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang. Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu Tiga. Sementara itu di Ipoh, Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Tawas-Ipoh pada jam 1.20 petang, kelmarin. Ketua Polis Trafik Negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak berkata, Mohamad Syazani Badrolhisham, 14, dari Kampung Tawas dirempuh lori berkenaan di salah satu simpang empat di jalan tersebut. Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. “Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal keluar dari satu simpang telah dirempuh lori. Mangsa mengalami cedera parah di kepala sebelum meninggal. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar tengah hari ini (semalam),” katanya. Sempat bisik kepada ayah sebelum meninggal dunia
TAMPIN: “Sungguh tak sangka, tindakan arwah memeluk erat dan berulang kali mengucapkan kata sayang menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Mas Edde Jamaluddin, 42, ayah kepada remaja, Nur Syahirah, 14, yang terbunuh selepas dihempap dahan pokok di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, kelmarin. Mas Edde yang juga seorang anggota tentera dari Kem Terendak, Melaka berkata, sehari sebelum kejadian anak keduanya itu sempat bergurau dan bermanja dengan semua ahli keluarga lain. “Tidak sangka gurauan manja arwah sehari sebelum kejadian yang terakhir buat kami sekeluarga. Itulah kali terakhir kami dapat melihat dan bermanja dengannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini. Beliau berkata, anaknya sempat meminta izin keluar ke tempat rekreasi itu seterusnya menghadiri kenduri di Kuala Pilah bersama rakannya, Mohamad Zul Afiq Abdullah, 22, pada hari kejadian. “Saya memang mengenali Zul kerana kami bekerja di tempat sama iaitu di Kem Terendak. Lagipun dia memang rapat dengan ahli keluarga saya yang lain. Disebabkan itu saya memberi keizinan kepada Syahira keluar bersama,” kata bapa kepada empat anak itu. Katanya, pada hari kejadian, dia sedang bekerja di kem dan terkejut apabila menerima panggilan jam 12 tengah hari mengatakan anak perempuannya cedera dihempap dahan pokok. “Saya bergegas ke Hosptial Tampin menjenguknya dan Syahirah sempat berbisik di telinga saya mengatakan dia sejuk, dahaga dan mengantuk. “Saya memeluknya dan meminta dia supaya bertahan dan terus keluar sekejap untuk membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota,” katanya. Mas Edde berkata, selesai membuat laporan polis jam 4 petang, dia dikejutkan apabila menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan keadaan anaknya semakin kritikal. |
Advisor Anda :
Name : M. Zahran Bin Ahmad |
- Home
- Pemohonan Quotation
- Temu Janji
- Pelan Perlindungan Pendapatan(Gaji)
- Pelan Haji ( Mabrur )
- Pelan Persaraan (Simpanan)
- Pelan Simpanan (Pelaburan)
- Pelan Pendidikan
- Pelan Perubatan (medical card terbaik)
- Badan Syariah
- Blog Info
- Kenapa Perlu Etiqa
- Kelebihan Etiqa
- Info Penting
- Contoh Quotation
- Panel Hospital
- 36 Penyakit Kritikal
- Perbezaan Takaful Dan Insurans
- Kerjaya
- Cara Claim
- Himpunan Doa
- Surat Anak untuk Ayah