Sempat bisik kepada ayah sebelum meninggal dunia
TAMPIN: “Sungguh tak sangka, tindakan arwah memeluk erat dan berulang kali mengucapkan kata sayang menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Mas Edde Jamaluddin, 42, ayah kepada remaja, Nur Syahirah, 14, yang terbunuh selepas dihempap dahan pokok di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, kelmarin.
Mas Edde yang juga seorang anggota tentera dari Kem Terendak, Melaka berkata, sehari sebelum kejadian anak keduanya itu sempat bergurau dan bermanja dengan semua ahli keluarga lain.
“Tidak sangka gurauan manja arwah sehari sebelum kejadian yang terakhir buat kami sekeluarga. Itulah kali terakhir kami dapat melihat dan bermanja dengannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini.
Beliau berkata, anaknya sempat meminta izin keluar ke tempat rekreasi itu seterusnya menghadiri kenduri di Kuala Pilah bersama rakannya, Mohamad Zul Afiq Abdullah, 22, pada hari kejadian.
“Saya memang mengenali Zul kerana kami bekerja di tempat sama iaitu di Kem Terendak. Lagipun dia memang rapat dengan ahli keluarga saya yang lain. Disebabkan itu saya memberi keizinan kepada Syahira keluar bersama,” kata bapa kepada empat anak itu.
Katanya, pada hari kejadian, dia sedang bekerja di kem dan terkejut apabila menerima panggilan jam 12 tengah hari mengatakan anak perempuannya cedera dihempap dahan pokok.
“Saya bergegas ke Hosptial Tampin menjenguknya dan Syahirah sempat berbisik di telinga saya mengatakan dia sejuk, dahaga dan mengantuk. “Saya memeluknya dan meminta dia supaya bertahan dan terus keluar sekejap untuk membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota,” katanya.
Mas Edde berkata, selesai membuat laporan polis jam 4 petang, dia dikejutkan apabila menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan keadaan anaknya semakin kritikal.