RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA
Berita Harian 17 Okt 2011
KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.
Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis. “Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.
Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.
Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.
Perkara seperti inilah yang patut kita elakkan daripada berlaku kepada kita.
Buatlah persediaan dari sekarang, sekarang mungkin ianya tidak bermakna
tetapi sekiranya berlaku musibah, maka semasa itulah ia akan berbakti
kepada kita.