Lelaki juga berisiko dijangkiti HPV
Oleh ROSMAH DAIN
DI peringkat dunia, kanser servik adalah kanser kedua yang banyak menyebabkan kematian di kalangan wanita selepas kanser payu dara. Ia membunuh seorang kaum Hawa dalam tempoh iap tua minit. Manakala di Malaysia, kanser servik menjadi kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas payu dara dan kolorektum.
Statistik Kanser Malaysia pada 2006 menunjukkan, kanser servik merangkumi 9.1 peratus daripada 10 kanser paling kerap di kalangan wanita di negara ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan lebih daripada 700 wanita Malaysia maut akibat kanser servik setiap tahun.
Laporan yang dikeluarkan WHO, kementerian dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan dan perubatan menegaskan, hanya kaedah pelalian dijangka mampu mengurangkan dengan ketara risiko seseorang wanita diserang kanser servik.
Justeru, kempen pelalian kebangsaan untuk menentang virus human papillomavirus (HPV) yang dianjurkan Kementerian Kesihatan bermula Julai 2010 di kalangan gadis berusia 13 tahun telah dijalankan dalam usaha untuk mengurangkan risiko kanser berkenaan.
Kanser servik adalah penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik. Jangkitan HPV di servik di kenal pasti antara penyebab utama kanser servik.
Namun apakah nama di sebalik virus HPV itu sebenarnya, jenis-jenisnya dan bagaimanakah cara ia menyerang? Adakah ia hanya menyerang golongan Hawa dan bagaimana pula dengan golongan lelaki adakah kebal dengan virus ini?
Semua persoalan ini dirungkai oleh Datin Dr. Kamaljit Kaur, yang pernah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Kuala Lumpur .
Beliau kini merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan pakar perunding di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.