KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) baru-baru ini menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM60,000 kepada Madrasah Al-Aminiah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Etiqa Takaful melalui satu kenyataan memberitahu, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada zakat syarikat itu bagi tahun kewangan 2010/2011.
“Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Utara Etiqa Insurans dan Takaful, Sham Suhaimi Mohamad kepada kepada Pengetua di Madrasah Al-Aminiah, Azamuddin Alang Hamzah,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Etiqa Takaful telah menyerahkan sumbangan zakat kepada Madarasah Al-Aminiah sejak tahun 2008 bagi membantu golongan di bawah asnaf iaitu fakir, miskin, dan fi sabilillah.
Kata kenyataan itu, sehingga kini jumlah yang telah dikeluarkan oleh Etiqa Takaful berjumlah RM700,000.
Selain itu, kata kenyataan tersebut, Etiqa Takaful turut menyerahkan sebahagian daripada jumlah sumbangan zakat tahunannya secara terus kepada golongan asnaf melalui program Corporate Zakat Responsibility (CZR).
Jelas kenyataan itu, kaedah itu bertujuan memudahkan dan memaksimumkan pengagihan zakat syarikat kepada mereka yang layak.
Secara keseluruhannya sumbangan zakat Etiqa Takaful kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta golongan asnaf bagi tahun kewangan 2010/11 mencecah RM6.6 juta. – mynewshub.my
P/S : Selain kita menyimpan bersama eTiQa Takaful, kita juga telah membantu sesama insan melalui Zakat yang telah dijelaskan oleh eTiQa Takaful.