..... Kami tahu apa yang terbaik untuk rakyat malaysia kerana eTiQa dilahirkan di sini.....
ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha sama dengan MAYBANK BERHAD
Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.
Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling pesat di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.
Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.
Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.
Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannya penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 313.5 juta.
Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.
Keperluan Takaful Dalam Kehidupan
Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA),
sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya.
Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).
Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.
Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.
Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN.
Di Malaysia kita didedahkan dengan segala macam maklumat supaya kita dapat memilih yang mana satu Ok bagi kita yang beragama Islam.
Kewangan Islam. Satu KEWAJIPAN bukan satu PILIHAN
Takaful Keluarga adalah altenatif kepada Insurans Konvensional. Pilihan yang membebaskan anda dari rasa kurang yakin, ketenangan dan yang paling penting adalah pampasan yang bakal waris waris anda terima adalah HALAL.
Dengan pelbagai pelan Takaful Keluarga dari berbilang syarikat sebenarnya anda mampu membuat pilihan yang tepat.
Pilihan yang boleh menjamin diri anda dan keluarga anda.
Siapa sebenarnya yang memerlukan Takaful Keluarga?
Setiap insan yang bernyawa memerlukan perlindungan takaful keluarga. Samada ia miskin atau kaya ia tetap memerlukan perlindungan Takaful Keluarga
Jika anda menyimpan RM100.00 didalam poket anda, adakah esok ia akan menjadi RM200.00? sudah pasti tidak.
Jika anda membuka akaun dengan syarikat takaful dengan RM100.00 ia tetap akan menjadi puluhan ribu pada esok hari.
Apa kesan kepada keluarga anda, jika anda tidak mempunyai skim perlindungan Takaful Keluarga?
Mungkin anda tidak akan merasa apa apa kesan kerana pada ketika itu anda sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi, bagi mereka yang masih hidup. Mereka terpaksa meneruskan kehidupan tanpa insan yang tersayang sudah pasti akan ditimpa musibah dengan hutang yang ditinggalkan, komitmen yang belum dilangsaikan
Sertai eTiQa Takaful sekarang kerana ia akan menjadi aset kepada anda..
HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik
daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik
daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Mana Satu Pilihan Anda ?
Etiqa Takaful bolot lima anugerah
Posted by admin
on March 12th, 2011
KUALA LUMPUR 11 Mac – Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa Takaful) menerima lima anugerah pada Malam Anugerah Takaful kali kedua anjuran Persatuan Takaful Malaysia.
Lima anugerah yang berjaya dirangkulnya itu ialah Pengendali Kumpulan Perniagaan Terbaik, Pengendali Bantakaful Terbaik dan agensinya, Adventurine Agensi Sdn. Bhd. yang memenangi Anugerah Pengeluar Juta Dolar dan agennya, Zulkifli Othman pula meraih Anugerah Agensi Juta Dolar.
Etiqa Takaful juga dinamakan sebagai Pengeluar Perniagaan Kumpulan Terbaik dan Anugerah Perniagaan Kumpulan Takaful Terbaik untuk kerjasamanya dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
”Kemenangan ini menunjukkan kejayaan Etiqa Takaful sebagai peneraju dalam industri ini dan menjadikan ia berbeza melalui platform menginsankan takaful,,” kata Shahril Azuar Jimun, Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Home
Posted by admin
on March 12th, 2011
KUALA LUMPUR 11 Mac – Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa Takaful) menerima lima anugerah pada Malam Anugerah Takaful kali kedua anjuran Persatuan Takaful Malaysia.
Lima anugerah yang berjaya dirangkulnya itu ialah Pengendali Kumpulan Perniagaan Terbaik, Pengendali Bantakaful Terbaik dan agensinya, Adventurine Agensi Sdn. Bhd. yang memenangi Anugerah Pengeluar Juta Dolar dan agennya, Zulkifli Othman pula meraih Anugerah Agensi Juta Dolar.
Etiqa Takaful juga dinamakan sebagai Pengeluar Perniagaan Kumpulan Terbaik dan Anugerah Perniagaan Kumpulan Takaful Terbaik untuk kerjasamanya dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
”Kemenangan ini menunjukkan kejayaan Etiqa Takaful sebagai peneraju dalam industri ini dan menjadikan ia berbeza melalui platform menginsankan takaful,,” kata Shahril Azuar Jimun, Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Home