Buat Baik Tidak Perlu dilihat Jasad. Jadilah seperti Jantung yang Tidak Terlihat tetapi Terus Berdeyut
Setiap Saat hingga Membuat Kita Terus Hidup Ke Akhir Hayat.
Setiap Saat hingga Membuat Kita Terus Hidup Ke Akhir Hayat.
Insurans vs Takaful
Filed under: Fiqh, Fiqh Muamalat
Author: Dr Hasanah
Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.
Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah.
Saya melayari laman web pengendali Takaful seperti Takaful Malaysia, Etiqa Takaful, PruBSN Takaful, Aviva, Takaful Ikhlas dan banyak lagi. Hmmph… tidak ada yang setanding dengannya. Lebih mengecewakan ada laman web yang memberikan maklumat yang terlalu asas, langsung tidak dapat mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan insuran dari syarikat mereka. Saya juga mencari maklumat mengenai sumbangan yang saya perlu keluarkan dan maklumat perlindungan yang diberikan. Hasilnya sangat tidak memuaskan hati.
Antara A dan B? Pastilah A lebih menarik minat kerana dengan kos yang rendah saya dapat perlindungan yang banyak untuk 7 orang ahli keluarga, sedangkan B tidak dapat menandingi tawaran tersebut. Namun, A ialah insuran konvensional yang tidak hirau soal halal haram.
Di sinilah tembok besar di antara insuran dan takaful. Walaupun tidak dinafikan bahawa syarikat insuran konvensional terutamanya yang mempunyai jaringan antarabangsa mampu menawarkan perlindungan yang hebat, namun, sistem perniagaannya bertentangan dengan prinsip bantu membantu dan melindungi seperti yang dibawa oleh syarikat takaful. Isu gharar, ghubn dan riba dalam insuran konvensional juga sudah tidak lagi boleh dipandang sepi oleh umat Islam sedangkan alternatif dalam sistem jaminan Islam telah pun ada.
Kita mungkin hanya nampak, “aku bayar sekian, bila jadi sesuatu, syarikat akan bayar sekian,” sedangkan kita tidak meneliti keseluruhan konsep perniagaan yang dijalankan. Tanyalah diri sendiri, dari mana datang duit berjuta-juta malah berbilion yang digunakan untuk membayar wang pampasan? Apakah yang telah dilakukan oleh syarikat untuk melipat-gandakan aset mereka? Apakah syarat-syarat dalam kontrak insuran yang diambil telah mengambil kira aspek halal haram? Apakah aktiviti syarikat dikawal oleh jawatankuasa syariah? Apakah syarikat bebas dari pelaburan dalam perjudian, riba dsb? Ahh.. semua itu sering di kesampingkan.
Berikut beberapa petikan berkaitan insuran yang perlu diambil perhatian oleh kita semua:
HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA
Tarikh Keputusan: 16 Feb, 1993
Huraian Tajuk/Isu:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan denganperkara di bawah iaitu :
1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan:
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :
1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
Keputusannya :
Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara’.
1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
Keputusannya :
Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.
1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.
Keputusannya
Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keterangan/Hujah:
1.Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
2.Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
3.Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
” ما حرم أخذه حرم إعطأوه ”
Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
4.Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
5.Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
6.Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
7.Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
8.Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
9.Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Khairat Kematian
Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan Khairat Kematian. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
1.Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2.Mengandungi unsur judi.
3.Mengandungi muamalah riba.
Ragu kesucian modal
Zaharuddin Abdul Rahman
(Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
KETIKA institusi kewangan Islam berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, wujud beberapa isu yang masih dipertikai masyarakat, yang mana ia perlu diatasi segera oleh ilmuwan Islam (ulama).
Antara isu yang kerap ditimbulkan ialah berkenaan modal permulaan bagi bank Islam dan syarikat Takaful, terutama yang berasal daripada syarikat induk berorientasikan konvensional.
Saya kerap mendengar rungutan orang ramai yang mempersoalkan ‘kesucian’ modal bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam.
Maklum balas ringkas yang dapat saya berikan terhadap soalan berkenaan adalah seperti berikut: A. Wang itu sendiri adalah ‘tidak haram’ dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi ‘haram’ disebabkan jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak syariah). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz) B. Modal dan keuntungan asal yang didapati syarikat induk kepada bank Islam bukan semuanya berasal daripada perniagaan haram. Sebahagiannya daripada individu dan organisasi kerajaan dan swasta.
Jika dilihat di sisi syariah, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama, yang mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram, dengan syarat majoriti modal itu datang daripada sumber halal.
Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatan halal, tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia haram.
“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya haram, tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali selepas disahkan kebersihannya (halal).” (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair) Imam Ibn Qaddamah pula berkata: “Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu daripada sumber/modal halal, maka ia halal.” (Al-Mughni) Selain itu, ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat ‘dibenarkan secara total’ untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian halal dalam modal berkenaan majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal) Dalil mereka banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19): 1. Rasulullah SAW melakukan urusan (jual beli) dengan sahabatnya daripada kalangan penduduk Makkah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak kafir. Tidak pernah didengari sebarang tegahan daripada Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka daripada sumber haram.
2. Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah daripada kalangan Arab Badwi yang syirik ketika itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
3. Ketika Rasulullah SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi daripada kalangan penduduk Madinah dan Arab Badwi yang menghalalkan perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka haram, tentu baginda akan menegah daripada awal lagi.
4. Taqir (pengakuan) Rasulullah SAW dengan membiarkan sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah satu dalil.
5. Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
6. Sahabat Rasulullah SAW juga berurusan dengan perompak Madinah pada zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. (Ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali) 7. Jika muamalah seperti ini dihalang, tentu keadaan sukar akan berlaku kerana pada akhir zaman seperti sekarang, sememangnya sukar mencari sesebuah syarikat yang 100 peratus halal pendapatannya. (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas) Berikutan itu, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank Islam dan syarikat Takaful.
Tidak dinafikan, menjadi keperluan besar bagi pihak bank untuk memastikan hanya bahagian halal digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.
Bagaimanapun, jika masih ada sebahagian kecil atau minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya.
Berikutan itu, bank Islam boleh membersihkan modal yang diragui tadi dengan membayar balik pinjaman itu, selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Kenali insurans haram
Zaharuddin Abdul Rahman
(Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.
Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).
Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.
Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.
Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.
Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.
Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.
Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.
Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.
Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.
Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.
Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.
Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.
Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)
Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.
“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”
Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).
Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.
Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.
Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.
Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.
Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.
Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.
Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).
Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.
Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.
Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.
Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.
Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.
Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.
Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.
Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).
Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.
Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.
b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.
Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.
c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.
Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.
Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.
Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.
Mana Pergi Berbilion Duit Ummat Islam Malaysia Setiap Bulan???
Oleh: al-bahanj

"Di dalam satu seminar yang saya telah hadiri, salah seorang penyampai memberitahu hadirin:Orang Melayu di Malaysia berbelanja purata berjumlah RM9 Billion sebulan!!!Beliau memberitahu maklumat itu beliau perolehi hasil dari menghadiri mesyuarat dengan GABEM iaitu Gagasan Badan Ekonomi Melayu baru2 ini.
Saya terkejut! Wah, sebanyak itu jumlah RM yang telah dibelanjakan oleh orang Melayu (Muslim) dalam berbelanja setiap bulan! Ternyata, tak dapat disangkal lagi, ummat ISLAM di Malaysia hatta di seluruh dunia pun menyediakan peluang pasaran kepada para peniaga.Saya ingin mengajak tuan/puan berfikir sejenak akan maklumat yang saya perolehi dari beliau. Maklumat seringkas ini yang saya tulis di atas mempunyai berbagai perkara boleh kita rungkaikan. Terutama sekali mengenai kekuatan ekonomi ummat Melayu. Saya lebih suka menyebutnya sebagai ekonomi Muslim.
Persoalannya:
Ke mana perginya 9 BILLION ini?
Kembali ke poket ummat ISLAM atau ke poket ummat lain?
Kembali ke syarikat ummat ISLAM atau ke syarikat lain?
Dan tanyakan juga perkara2 ini di dalam hati tuan/puan:
Selama ini saya beli barangan harian di mana?
Saya selalu makan di restoran mana?
Saya beli peralatan rumah di mana?
Saya berurusan bank di bank milik siapa?
Saya mendapatkan khidmat kontrak ubahsuai rumah dari siapa?
Saya ambil produk kewangan seperti Takaful, unit trust dari siapa?
Dan lain-lain lagi. Panjang senarainya…
Ke mana seringgit ini akan pergi?
Memang kita tak mampu untuk membuat pilihan. Lantaran pilihan kita terlalu terhad. Tak banyak usahawan muslim di luar sana. Namun, utk bermudah-mudah dalam hal ini, saya rasa tidak wajar kita jadikan ia sebagai amalan. Seharusnya, kita cuba dahulu untuk mencari dan mencari. Buangkan paradigma yang membalut fikiran kalian bahawa produk/perkhidmatan ummat ISLAM tidak bermutu atau rendah kualiti. Belum cuba, belum tahu.
Baru-baru ini ada suara-suara di luar sana mengajak kita ummat ISLAM memboikot syarikat pengeluar minyak nasional baru-baru ini. Lepas tu diajaknya pula membeli minyak dari syarikat jenama luar negara. Amat memelikkan saya.
Usahlah disambut seruan yang merugikan itu. Ini adalah contoh seruan dan sikap yang pelik ditunjukkan oleh ummat ISLAM. Ia merugikan kita, tidak menguntungkan. Teruskanlah membantu dan menyokong syarikat yang dimiliki oleh ummat ISLAM.
Saya tak menyuruh untuk memboikot produk/perkhidmatan yang disediakan oleh orang belum-ISLAM. Selagi, ia tidak bercanggah syara’, nah silakan. Dalam hal muamalah, ISLAM memberi ruang yang fleksibel.
Cuma, saya mengharapkan kita agar mempunyai sedikit sentimen, iaitu sentimen ‘MENYOKONG PERNIAGAAN UMMAT ISLAM’, itu sahaja. Nampak kecil, tapi sebenarnya ia memerlukan peralihan paradigma yang besar. Dan menuntut pengorbanan yang besar juga. Mudah2an usaha & pengorbanan yang besar itu diganjari ALLAH subhanahu wata’ala. Lillahi ta’ala…
Samada tuan/puan adalah usahawan ataupun pengguna muslim, tuan/puan mempunyai peranan dalam memperkuatkan ekonomi ummat ISLAM, khususnya di Malaysia. Sama2lah kita saling sokong-menyokong. Dan berikut disertakan antara dalil bahawa saranan ini disuruh ALLAH Subhanahu wata’ala & Rasulullah SallALLAHU ‘alaihi wasallam. Semoga ia memotivasikan kita:
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (al-Maidah ayat 2)
Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau). (Mutafaq’alaih)
Allah selalu menolong selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim). (HR. Ahmad)
Jika tuan/puan sedar dan mula bertindak sekarang membantu/menyokong perniagaan ummat ISLAM, maka tuan/puan telah memadamkan satu daripada banyak sebab kenapa ummat ISLAM mundur. Perjuangan kita masih jauh…
wAllahu ta’ala a’lam.
Sertailah Etiqa Takaful Sebelum Sakit
POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.
Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.
“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.
Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.
Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.
“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.
“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.
“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.
Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.
“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.
MEREKA yang mempunyai ukur lilit paha 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit. Kanser
“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.
“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.
“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit.
Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.
“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.
Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.
“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.
SESETENGAH syarikat insurans mewajibkan pemegang polisi Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.
“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.
“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.
Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.
Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.
Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Lebih ramai mangsa lelaki
KEHADIRAN kanser buah pinggang jarang disedari. Apabila sudah sampai ke peringkat serius iaitu kanser berada di peringkat keempat barulah ia berjaya dikesan.
Keadaan ini mungkin disebabkan kanser buah pinggang tidak begitu 'menyerlah' seperti kanser payudara yang sering mendapat perhatian ramai hingga menyebabkan ada individu yang tidak begitu mengendahkan penyakit itu.
Disebabkan kurang mengambil berat mengenai tahap kesihatan diri, kebanyakan pesakit hanya berserah dan tidak melakukan pemeriksaan lanjutan bagi mengawal penularan sel barah berkenaan.
Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya, Datuk Dr Mohd Ibrahim A Wahid, berkata walaupun kanser itu nampak tidak gah di mata umum, ia perlu dipandang serius kerana ia tetap membahayakan nyawa penghidapnya.
Menurutnya, kanser buah pinggang peringkat serius itu juga dikenali sebagai sel renal karsinoma (RCC).
Antara petanda yang menunjukkan individu berkenaan mengalami RCC ialah kencing berdarah (hematuria), sakit pada bahagian rusuk, sakit belakang, terdapat ketulan pada bahagian rusuk dan abdomen, hilang selera makan, berat badan menurun, demam, kelesuan melampau serta tekanan darah meningkat.
.

Etiqa Takaful
KUALA LUMPUR 20 Jun - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) yakin kesemua 20,000 polisi takaful terbarunya, Takaful Medic-Save Rider, habis dilanggan dalam tempoh setahun.
Ketua Agensi Etiqa, Abdul Latiff Abu Bakar berkata, setakat ini, sebanyak 5,000 polisi Takaful Medic-Save Rider telah dilanggan sejak ia diperkenalkan pada pra pelancarannya Februari lalu berbanding unjuran awal sebanyak 2,000 polisi
''Ini menunjukkan takaful terbaru keluaran Etiqa disambut baik oleh pelanggan kami dengan sasaran asas telah meningkat sebanyak 60 peratus," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Takaful Medic-Save Rider di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.
Takaful Medic-Save Rider merupakan pelan perubatan takaful keluarga yang memberi perlindungan untuk perbelanjaan pengkebumian.
Menurut Abdul Latif, Medic-Save Rider juga menyediakan perlindungan dengan membiayai sehingga 90 peratus bil perubatan dan pelanggan boleh menggunakannya di 190 hospital diseluruh negara.
Sasaran produk ini meliputi semua golongan masyarakat termasuk daripada golongan profesional sehingga yang berpendapatan rendah, katanya.
Setakat ini, Etiqa telah memperkenalkan empat produk takaful iaitu Etiqa Takaful Mesra, Etiqa Takaful Prima, Etiqa Takaful Warisan dan Etiqa Takaful Ehsan.
Etiqa merupakan pengendali takaful terbesar di Malaysia dengan aset sebanyak RM3.8 bilion
Etiqa Sasar Premium Rm 1.4b
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) menyasarkan premium kasar sebanyak RM1.4 bilion pada tahun ini berbanding RM1.044 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Tarmizi Ahmad Nordin berkata, peningkatan sasaran premium itu berikutan pertumbuhan perniagaan insurans yang berterusan walaupun berlaku kelembapan ekonomi.
Beliau memberitahu, bilangan pemegang polisi insurans hayat didapati terus meningkat berbanding insurans jenis lain.
"Kami yakin untuk berada di landasan yang betul bagi mencapai jumlah premium kasar melebihi RM1 bilion setiap tahun.
"Etiqa kini mempunyai pemegang polisi hampir sejuta orang dan merupakan syarikat takaful terbesar di dunia.
"Insurans hayat menyumbang kira-kira 70 peratus kepada pertumbuhan perniagaan syarikat manakala lain-lain sebanyak 30 peratus,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM70,000 ke dalam Dana Amanah Fisabilillah Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) di sini hari ini.
Sumbangan itu diterima oleh Ketua Pegawai Akademik dan Dekan INCEIF, Datuk Profesor Dr. Syed Othman Alhabshi.
INCEIF ditubuhkan sejak 2007 dan merupakan institusi yang menawarkan Program Kewangan Islamik Profesional Berkanun (CIFP) milik Bank Negara Malaysia.
Institusi tersebut menawarkan kursus di peringkat pengajian doktor falsafah dan sarjana yang dijalankan untuk golongan pekerja.
Kini, ia mempunyai 101 pelajar dari 21 buah negara dan lebih 45 peratus merupakan pelajar warga asing.
Ketika ditanya mengenai perancangan produk baru yang ditawarkan Etiqa, Mohd. Tarmizi menambah, pihaknya bercadang untuk melancarkan produk baru selepas Jun ini.
Katanya, sekarang, Etiqa dalam proses mengintegrasikan sistem teknologi maklumatnya bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan syarikat tersebut.
Ujarnya, sistem integrasi itu turut memudahkan tugas kakitangan Etiqa.
Sementara itu, Syed Othman berkata, Dana Amanah Fisabilillah yang menerima sumbangan zakat dari pertubuhan dan individu akan membiayai pelajar INCEIF yang layak untuk melanjutkan pengajian.
Jelasnya, pengagihan wang dari dana itu hanya boleh dibuat berdasarkan arahan pengurusan amanah meliputi lima ahli termasuk dua ahli dari INCEIF dan tiga lagi merupakan pihak luar.