ADIK Mohammad Zain Abdul Hafiz baru berusia setahun tetapi ibu bapanya
sudah mula menabung bagi pendidikannya.
Apabila Zain berusia 21tahun nanti, dana yang dianggarkan berjumlah $85,386 akan tersedia untuknya melanjutkan
pelajaran di peringkat tinggi.
Bapanya, Encik Abdul Hafiz Abu Bakar, 31 tahun, dan ibunya, Cik Azreen Noor, 29 tahun, telah menabung $200 setiap bulan
untuk tujuan tersebut.
“Dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sebagai ibu bapa saya tidak mahu kekurangan wang sebagai hambatan bagi anak saya melanjutkan pelajarannya, tidak kira apa jurusan yang ingin diceburinya. Bagi saya, adalah baik kita menabung lebih awal agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan duit yang kita sudah tetapkan,’’ kata Cik Azreen, seorang editor kanan di sebuah firma penerbitan di sini.
Kesedaran mengenai pentingnya simpanan menyentaknya apabila ibu bapa Cik Azreen sendiri perlu membelanjakan
duit simpanan mereka bagi menghantar Cik Azreen belajar di luar negara.
“Bayangkan, ibu bapa saya membelanjakan $25,000 untuk menghantar saya belajar selama setahun di Universiti Teknologi Queensland di Australia
pada 1998. Saya tidak dapat bayangkan kos pendidikan anak saya tentu amat tinggi 21 tahun akan datang!’’ kata Cik Azreen, yang belajar setahun di
Australia dalam jurusan Sarjana Muda Kewartawanan setelah mengikuti Diploma Perhubungan Massa selama tiga tahun di Politeknik Ngee Ann.
Oleh kerana ingin memastikan duit yang dikumpulkan bagi anaknya itu mencukupi, Cik Azreen bukan sahaja membeli sebuah polisi endowmen tetapi
juga amanah saham.
Setiap bulan, beliau dan suami memperuntukkan $100 untuk polisi endowmen yang menjanjikan pulangan terjamin sebanyak
$20,000 dan pulangan tidak terjamin yang dianggarkan
mencecah $13,294 berdasarkan kadar pulangan sebanyak 3.75 peratus setahun.
Selain itu, mereka juga melaburkan tambahan $100 setiap bulan untuk membeli amanah saham yang dijangka memberikan pulangan sebanyak $52,092, Ini berdasarkan kadar pulangan sebanyak 7 peratus setahun.
Jadi, berdasarkan jumlah keseluruhan, adik Zain kelak akan mempunyai $85,385 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
“Membeli endowmen pendidikan dan amanah saham merupakan satu simpanan paksaan (forced savings). Tidak perlulah kami fikir-fikir lagi kerana duit itu akan dipotong secara automatik
daripada simpanan kami. Bagi kami, ia lebih baik untuk kami memperuntukkan duit untuk perkara yang amat penting seperti pendidikan daripada menghabiskannya untuk perbelanjaan lain,’’ katanya.
Dengan menabung lebih awal, mereka juga mempunyai lebih banyak masa untuk menabung pada jumlah yang rendah.Bayangkan, jika mereka menabung hanya setelah anak mereka dewasa, jumlah yang disimpanmungkin terpaksa
ditingkatkan untuk mereka mencapai jumlah $85,386 kerana tempoh simpanan adalah lebih pendek.
“Saya merancang untuk mempunyai lebih ramai anak.
Kalau lebih ramai anak, tentu sekali jumlah yang perlu saya tabung amat tinggi. Lebih baik tabung lebih awal, tidaklah perit sangat,’’ kata Cik Azreen lagi