Perut terburai rentung dalam kebakaran
KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat besi dan pembekal akuarium rentung selepas kenderaan dipandu terbakar di Jalan Genting-Kelang menuju Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Khairul Islam, 30, warga Bangladesh gagal menyelamatkan diri setelah pintu pemandu tidak dapat dibuka.
Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang pekerja dikenali sebagai Mohd Taib, 30, pulang menghantar akuarium di Shah Alam.
Mohd Taib berkata, setibanya di persimpangan trafik, orang ramai menjerit memberitahu terdapat percikan api di bawah van.
Menurutnya, ketika itu, majikannya terus gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh pagar.
“Ketika itu, api sudah marak. Saya terus keluar daripada van tetapi gagal menyelamatkan majikan kerana dia tersepit dan pintu tidak boleh dibuka,” katanya ketika ditemui.
Mohd Taib hanya mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat dari Balai Wangsa Maju berkata, mayat mangsa hanya dapat dikeluarkan dua jam kemudian.
Menurutnya, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian tugasan menyelamat.
Anggota Penyiasat Kebakaran Bomba dan Penyelamat juga dilihat berada di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran.