..Ambillah Takaful demi keluarga tersayang..
Sara keluarga hasil tin kosong
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Februari 2014
MUAR – Seorang ibu tunggal sanggup menunggang motosikal sejauh dua kilometer setiap hari semata-mata untuk mencari tin kosong dan besi buruk bagi menyara keluarga selepas kematian suami Oktober tahun lalu.
Kelibat Norlela Jamian, 35, sering dilihat bersama dua anaknya yang membawa guni di sekitar kawasan Perindustrian Bukit Pasir pada waktu petang.
Norlela berkata, barangan tersebut dikumpul sebelum dijual kepada peniaga barangan kitar semula di Pekan Bukit Pasir dengan pendapatan RM200 sebulan.
“13 tahun saya cari tin kosong, saya tidak pernah rasa malu, walaupun terpaksa selongkar tong sampah kerana barangan tersebut bernilai buat kami.
“Saya bawa anak-anak bantu kutip tin dan besi buruk bukan untuk menyusahkan, tetapi beri mereka gambaran kesusahan keluarga ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Masjid, Bukit Pasir, di sini.
Ibu kepada empat anak berusia tiga hingga 13 tahun itu berkata, keperitan hidup selepas kematian suami mendorongnya melakukan satu lagi
pekerjaan sebagai pembantu di sebuah warung berhampiran rumah.
"Tugas tersebut yang bermula jam 7 pagi hingga 11.30 pagi dengan pendapatan RM520 sebulan itu, memberi sinar baru kepada saya yang buntu memikirkan masa depan anak-anak berikutan masalah kewangan," katanya.
Katanya, dia lega apabila menerima pencen penakat arwah suami sebanyak RM475 sebulan berserta tunggakan RM1,072 dan bayaran khairat kematian RM1,500 daripada Perkeso.
“Saya tidak tahu arwah suami yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori ada mencarum Perkeso. Semua ini diketahui apabila Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh tampil bantu sehingga dapat pencen ini,” katanya.
Norlela berkata, suaminya, Masnawi Abd Saman merupakan Ketua Cawangan Umno Kampung Masjid meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, jantung dan strok.
Katanya, arwah suaminya amat berahsia tentang penyakit dihidapi dengan alasan tidak mahu membuatkannya dan anak-anak berasa risau.
“Saya cuma sedikit terkilan apabila impian arwah mahu baik pulih rumah tidak tercapai. Arwah sering berangan-angan mahu plaster dinding rumah dan bina beranda untuk tempat anak-anak bermain,” katanya.
Jelasnya, dua anaknya iaitu Khairulnisa, 13, dan Muhamad Haikal, 10, ditempatkan di asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) yang dibantu Biro Agama Umno Bahagian Muar.