Pesakit kronik buah pinggang meningkat
KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit kronik buah pinggang di negara ini yang menjalani rawatan dialisis meningkat 56.7 peratus daripada 14,946 orang pada 2006 kepada 23,420 pesakit pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sepanjang tahun lalu, pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis seluruh negara merangkumi 7,115 orang yang dirawat di pusat dialisis sektor awam.
“Sementara, 9,813 orang di pusat dialisis swasta dan 6,492 di pusat dialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya semasa menjawab soalan Chong Eng
(DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Rosnah berkata, terdapat 181 pusat dialisis sektor awam, 297 swasta dan 140 NGO di seluruh negara pada tahun lalu, sementara di Pulau Pinang pula terdapat 10 pusat dialisis sektor awam, 27 swasta dan 20 NGO.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan geran berkapita kepada NGO untuk pembelian mesin hemodialisis dan rawatan perubatan dengan bantuan maksimum RM338,500 sejak 2001.
Selain itu, kerajaan juga menyalurkan subsidi rawatan dialisis bernilai RM171.1 juta bagi tempoh 10 tahun kepada NGO untuk dikhususkan kepada pesakit kurang mampu, yang membabitkan 3,346 pesakit yang kini mendapat rawatan di 58 pusat dialisis NGO. - Bernama
P/s : Cuba bayangkan anda dalam situasi menghidapi penyakit kritikal tanpa
bantuan atau bantuan daripada pihak berkenaan yang agar terhad.
Sudah pasti pelbagai cara dilakukan bagi mandapatkan pertolongan dan sudah pasti anda ingin membeli insurans atau takaful di saat ini.
Jika ini berlaku, anda sebenarnya sudah terlambat kerana insurans atau takaful tidak akan mengambil orang yang sudah sakit.
# Bagi anda yang belum mempunyai penyakit kritikal, adalah amat digalakkan
untuk mengambil @ membeli takaful sekarang.
Hubungi saya sekarang:
Mohd Zahran Bin Ahmad
013-2983559
[email protected]
atau
KLik untuk temujanji