Warga emas ditemui mati dalam kejadian samun
10/02/2011 6:50pm
IPOH - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek keras dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Pertama, Jalan Silibin di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat J. Sarojini, 73, yang terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah ditemui oleh anak lelaki wanita itu yang balik ke rumah pada pukul 11 pagi untuk menghantar makanan tengah hari.
Beliau berkata, warga emas itu dipercayai diserang oleh lebih daripada seorang dalam kejadian tersebut, dan dia mungkin dipukul dengan objek keras di kepala semasa bergelut dengan penyerangnya.
"Kejadian dipercayai berlaku awal pagi selepas kelima-lima anaknya keluar bekerja. Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan wang tunai Sarojini bernilai RM4,000 selain barang kemas dan telefon bimbit didapati hilang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - Bernama