Nahas: Pelajar terbunuh, rakan parah
25/05/2011 9:06pm
IPOH – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun terbunuh, manakala rakannya berusia 14 tahun parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pengkalan Pegoh di sini hari ini.
Ketika kejadian pada pukul 2.40 petang itu, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji di sini itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Setakat ini, identiti kedua-dua pelajar itu belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui pada mereka, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar.
Beliau berkata, pelajar berusia 15 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala rakannya yang juga cedera parah di kepala dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Bercakap kepada pemberita, Ibrahim berkata, motosikal yang dinaiki pelajar itu dirempuh kereta pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak di atas jalan. – Bernama