Etiqa Takaful serah cek RM69,999
2011/06/04 KAJANG: “Sebagai ibu, tumpuan saya hanya satu iaitu membesarkan keempat-empat anak sebaik mungkin agar hidup mereka sempurna biarpun tidak berayah,” kata Suraini Shafii, balu juruterbang helikopter Sabah Air, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang terkorban selepas helikopter dipandunya terhempas sebaik menurunkan tiga ahli rombongan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Dataran Sibu, Sarawak, pada 11 April lalu.
Suraini, 38, meluahkan demikian ketika ditemui selepas menerima pampasan insuran Etiqa Takaful Islamik bernilai RM69,999.58 daripada wakil Etiqa Takaful Berhad, Azizah Mohamad di rumahnya di Taman Kajang Utama di sini, semalam. Suraini berkata, beliau bersyukur menerima pampasan itu yang akan digunakan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga dan pendidikan anak-anak.
“Wang ini disimpan untuk kegunaan pembiayaan pendidikan masa depan anak kami, Muhammad Salman, 13; Muhammad Hilmi, 9; Yasmin Salsabila, 7 dan Muhammad Iskandar, 4,” katanya.
Suraini berkata, selepas kematian suami, beliau dan anak terpaksa meneruskan kehidupan walaupun sukar dan perit.
“Saya dan anak akan berpindah ke Kelantan esok untuk memulakan kehidupan baru bersama keluarga di sana,” katanya yang mengambil cuti tanpa gaji daripada tugasnya sebagai jururawat di Hospital Kajang.