Anak meninggal kereta bapa terbabas
BESUT: “Arwah anak menunjukkan sikap pelik dan sering mengadu sakit perut sepanjang perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,” kata Norizan Mohamad, 30, ibu Nurul Syzwani Salmi, 6, yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin.
Nurul Syzwani parah di kepala dipercayai terkena hantukan kuat pada pintu kereta, meninggal dunia selepas kereta Honda dipandu bapanya, anggota polis berpangkat koperal, Salmi Abdul Samad, 30, terbabas ke dalam parit di Kampung Batang Gergaji, Apal, dekat sini.
Salmi yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan dalam perjalanan pulang ke tempat bertugas selepas bercuti di Kuala Lumpur.
Dalam kemalangan kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, kereta dipandu Salmi berpusing beberapa kali ketika cuba mengelak sebuah kereta lain yang keluar dari persimpangan di Kampung Batang Gergaji, dekat sini.
Bagaimanapun, Salmi dan isteri cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Jabi.
Nurul Syzwani, anak tunggal pasangan berkenaan yang duduk di bahagian belakang dipercayai tercampak dan terhantuk pada pintu belakang menyebabkannya parah di kepala.
Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jabi dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Besut (HB) untuk menjalani pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga terbabit kira-kira jam 7 malam.
Menurut Norizan yang mengandung tiga bulan, dia merasai keganjilan Nurul Syzwani dua hari lalu kerana sepanjang perjalanan anaknya sering mengadu sakit perut.
“Saya trauma apabila melihat arwah tersangkut di pintu belakang dalam keadaan kepala parah, tetapi kami berdua selamat,” katanya ketika ditemui di HB.
Menurutnya, jenazah anaknya dibawa pulang ke kampung suaminya di Kampung Batul Ketul, Kijal, Kemamam, untuk dikebumikan.