Ibu gadai emas Oleh Ibrahim Isa
[email protected]
PERCAYA kepada diri sendiri, berusaha dan sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapa membiayai pengajiannya mendorong graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azad Anugerah Ali Rasol, 23, meraih keputusan cemerlang hingga menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) di Majlis Konvokesyen ke-47 UTM, baru-baru ini.
Dia sedar dirinya dari keluarga miskin dengan ayah, Ali Rasol Pakari Mohd, 53 dan ibu, Azimah Aziz, 49, bekerja sebagai buruh ladang sawit di Bekok, Segamat.
Justeru, Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) itu mahu membalas jasa dan mengubah nasib keluarga yang selama ini dibelenggu kemiskinan.
“Ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan saya dan menyokong cita-cita menjadi jurutera.
“Segala pengorbanan mereka termasuk membiayai pengajian saya akan ditebus apabila berjaya nanti.
“Malah kejayaan isteri, Siti Aminah Setu, 23, yang kini mengikuti pengajian Doktor Falsafah (Kimia) di Oxford menjadi inspirasi mendorong saya berjaya dalam hidup,” katanya yang berkahwin April lalu dan pernah menjadi Pengarah Program Ekspedisi Biodiesel UTM dari Johor Bahru ke Surathani, Thailand pada 2009.
Hasil kecemerlangannya, dia mendapat tawaran bekerja sebagai jurutera petroleum dengan sebuah syarikat multinasional industri minyak dan gas, Schlumberger di Denmark, bermula November ini.
Sementara itu, ibunya, Azimah dan suami, berbangga dengan pencapaian anak kedua daripada empat beradik itu kerana bagi mereka, tidak sia-sia menggadaikan emas diwarisi turun temurun bagi membiayai pengajian Azad.
Penerima anugerah sama, Liew Chee Ing, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Kuching, Sarawak, berkata gembira dengan pencapaian itu hasil usahanya mengimbangi akademik dan sukan badminton.
Konvokesyen selama tiga hari itu membabitkan 4,946 graduan UTM menerima ijazah masing-masing dengan 76 daripadanya Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (842), Sarjana Muda (3,543) dan Diploma 485.
P/s : Setiap ibubapa pasti mengharapkan anak-anak berjaya dalam pendidikan, tetapi tahukah anda setiap tahun kos pendidikan sentiasa meningkat.
Oleh itu, sebagai ibubapa buatlah persediaan dari sekarang.
Di eTiQa takaful kami menyediakan pelan yang terbaik bagi menjamin masa hadapan anak anak.
KLik sini untuk pelan INTELEK di sini