Petikan dari Sinar Harian
...Bukan ini yang kita pinta...
...Bukan ini yang kita pinta...
Seperti hilang separuh nyawa
SEREMBAN - Hati bapa mana tidak pilu sebaik sahaja mengetahui anak sulungnya disahkan menghidapi ketumbuhan pada pangkal otaknya, dua minggu lalu.
Peniaga, Mohd Kharollah Abdul Latif, 29, berkata, pada masa itu, sukar bagi dia dan isteri menerima takdir menimpa anak mereka, Noraishah Damia, 4, kerana ia datang tanpa diduga.
“Hidup saya seolah-olah hilang arah seperti separuh nyawa hilang. Anak saya tidak pernah ditimpa penyakit sebelum ini malah dia seorang kanak-kanak yang aktif dan cerdas.
“Saya dan isteri lebih bimbang apabila doktor memberitahu ketumbuhan itu dikesan kira-kira lima sentimeter dari otak Noraishah Damia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Dusun Nyiur, Ampangan dekat sini, semalam.
Menurutnya, doktor mengesyorkan Noraishah Damia menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 sesi namun ia belum dipastikan berupaya menyembuhkan kanak-kanak berkenaan.
Kata Mohd Kharollah, dia terpaksa berulang-alik dua atau tiga kali seminggu untuk menghantar anaknya menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur.
“Faktor kewangan menjadi kekangan pada masa ini kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Selain Noraishah Damia, saya mempunyai seorang lagi anak lelaki berumur setahun.
“Sehingga kini, saya telah membelanjakan kira-kira RM15,000 untuk kos rawatan anak sulung kami,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun Nyior, Mohd Rofik Mohd Yusof yang melawat Noraishah Damia di kediaman keluarganya berkata, sumbangan orang ramai amat diperlukan untuk meringankan beban ditanggung keluarga terbabit.
“Pihak-pihak yang prihatin boleh menghubungi Mohd Kharollah di talian 014-7166866 untuk menyalurkan bantuan,” katanya.
kLik sini utk madic save