Gurauan lemas jadi kenyataan
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
[email protected]
ALOR SETAR - Empat sahabat tidak menyangka gurauan seorang rakan mereka yang berpura-pura lemas ketika mandi di Sungai Tanjung Chali di sini kelmarin menjadi kenyataan.
Mayat Mohd. Ikhram Hashim, 15, yang lemas ditemui pada pukul 10.47 pagi oleh pasukan penyelamat di dasar sungai yang kedalamannya kira-kira tiga meter selepas 12 jam operasi mencari dilancarkan.
Rakan mangsa, Muhammad Nur Arif Azizan, 18, berkata, mereka berlima yang tinggal di Kampung Berjaya di sini pergi ke sungai tersebut pada pukul 6.30 petang kelmarin untuk mandi. Kesemua mereka pandai berenang.
"Ketika mandi, arwah (Mohd. Ikhram) bergurau dengan tenggelam timbul kononnya lemas.
"Setengah jam kemudian saya dan kawan-kawan naik ke tebing untuk pulang tetapi dia enggan naik kerana katanya belum puas mandi," ceritanya ketika ditemui di sini malam kelmarin.