Kaji selidik HSBC: 68 peratus rakyat Malaysia bimbang persaraan
2011/05/30 KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia adalah perancang kewangan yang paling produktif tetapi 68 peratus daripada mereka masih lagi bimbang yang mereka tidak mampu mengatasi masalah kewangan dalam persaraan, demikian menurut kaji selidik HSBC baru-baru ini.
"Ini menunjukkan yang rakyat Malaysia telah memahami hakikat yang mereka perlu merancang awal sementara prospek akan kejadian-kejadian yang tidak diduga kekal menjadi kebimbangan utama," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd, Zainudin Ishak selepas pelancaran laporan kaji selidik bertajuk "Persaraan Masa Depan: Kuasa Merancang" di sini hari ini. Kaji selidik itu berdasarkan kepada temubual dengan lebih 17,000 orang di 17 negara.
Beliau berkata, laporan itu mengetengahkan yang rakyat Malaysia adalah antara yang kurang bergantung kepada penyelesaian negara untuk membiayai persaraan mereka dan mereka yang lebih muda yang paling berkemungkinan aktif merancang untuk masa depan.
Katanya, penuaan iaitu antara cabaran terbesar abad ke-21, bukan lagi fenomena yang hanya dihadapi oleh negara maju. Menjelang 2050, mereka yang berusia melebihi 65 tahun di Asia akan melebihi tiga kali ganda kepada 900 juta.
Kaji selidik itu menunjukkan walaupun 69 peratus daripada rakyat Malaysia mengharapkan kebebasan ketika bersara, 24 peratus pula bimbang mengenai kos penjagaan ibu-bapa mereka dalam menghadapi usia tua. - BERNAMA