Maut beli alat ganti kereta
NIBONG TEBAL: Seorang pemilik kedai membaiki kereta yang dalam perjalanan membeli alat ganti maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Nibong Tebal, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Zahir Md Kossin, 31, yang menunggang motosikal parah di bahagian kepala dan badan.
Sebelum kejadian, kedua-dua kenderaan dari arah Parit Buntar ke Sungai Bakap dan baru turun dari jambatan Sungai Kerian.
Bagaimanapun, sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ lalu menyebabkan mangsa dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh sisi kereta. Rakan mangsa, Mohd Rozei Shaari, 41, berkata, mangsa yang membuka perniagaan membaiki kenderaan kira-kira lapan tahun lalu di Taman Pekaka, Transkrian dalam perjalanan mendapatkan alat ganti kereta di pekan Nibong Tebal.
Menurutya, mangsa anak sulung daripada tiga beradik seorang yang peramah dan suka membantu rakan serta baik hati.
“Kami terkilan dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu berkenaan,” katanya.
Menurutnya lagi, mangsa masih bujang dan ibu bapanya menetap di Kedah dan dijangkakan dikebumikan di kampungnya di Hulu Mahang.
Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan, Cif Inspektor Hamim Zaini Hamzah berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan, “Kedua-dua kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) untuk pemeriksaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.