ETIQA Takaful Berhad (Etiqa Takaful) yakin meraih pertumbuhan premium antara 12 hingga 15 peratus tahun ini daripada catatan RM2.4 bilion tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin berkata, keyakinan itu didorong pengenalan produk baru di pasaran dan peningkatan aspek kesedaran orang ramai terhadap produk takaful.
“Jika dilihat 10 tahun lalu, kadar penembusan produk takaful hanya 3.5 peratus, tetapi hari ini jumlahnya mencecah tujuh peratus.
“Ini membuktikan produk takaful mula mendapat perhatian dan kesedaran mengenainya meningkat dua kali ganda,” katanya selepas majlis pelancaran Takaful Murni, Takaful Didik dan Takaful Amanah di ibu negara, semalam.
Menurutnya, Etiqa Takaful adalah syarikat pertama mencatat jumlah premium menjangkaui RM2 bilion di negara ini.
Mengulas tiga produk baru yang dilancarkan dalam majlis itu, beliau berkata, pihaknya menjangka produk terbabit akan menjana antara RM1 juta hingga RM2 juta premium selepas setahun diperkenalkan.